Friday 29 April 2011

aku ternanges sendiri


 
 
tahu tak kenapa??

huhuuuhu....
sebenarnya aku terharu.
terharu dengan sang Maha Pencipta...
Maha Suci Engkau ya Allah....
Maha Agung, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Ingin aku melahirkan rasa syukur atas nikmat dan rezeki yang telah kau berikan
Ya Allah....
sungguh....aku amat bersyukur....
ALHAMDULILLAH

Ya Allah
Ya Robbul 'Izzah
Pemurahnya Engkau Ya Rabb
Walau setinggi gunung dosa yang aku buat...
Walau tak pernah aku tepati taubatku
tapi Kau tetap memberi....memberi dan memberi
memberi rezeki yang melimpah ruah pada hambamu yang berdosa ini
Kau tak kedekut...sikit pon tak.
Subhanallah


Betapa terharunya aku Ya Allah
Kau permudahkan segala urusan duniaku

dua minggu yang lalu
aku telah medapat tawaran biasiswa MyMaster 
biasiswa ni kukira susah jugak untuk memperolehinya
tapi aku terpilih
AMIN


semalam
sekali lagi aku dipilih olehMU
untuk mendapat tawaran biasiswa Zamalah Master
kalau MyMaster hanya untuk pembiayaan yuran pengajian sahaja
tapi Zamalah Master
untuk yuran pengajian 2 semester dan juga elaun sara hidup selama setahun
Besarnya tawaran rezeki yang Kau taburkan untukku
ALHAMDULILLAH


tapi aku tak dibenarkan untuk mengambil keduanya...
jadi aku buat keputusan untuk memilih biasiswa Zamalah Master
ape pun aku tetap bersyukur


Itu baru soal biasiswa

ada lagi satu perkara..
Kau berikan aku rezeki lagi Ya Allah
menjadi hamba yang terpilih...


di awal pengajian..
aku ditawarkan untuk menjadi RA
untuk satu projek yang agak besar
terus je bekerja dengan pensyarahku
duit itulah yang aku guna untuk sara hidup aku

bulan demi bulan
gaji semakin naik
starting 1.2K
dan seterusnya...
cecah 1.8K
malah..
ada lagi bonus untuk conference 1K
gaji tu kukira cukup besar bagi aku
sudah cukup untuk aku teruskan hidup di sini
 dan gaji tu jugak aku hulurkan pada ibu dan ayahku
sedikit sebanyak dapatlah aku berbakti pada orang tuaku
aku taknak mereka anggap aku masih belajar
aku taknak lagi mereka memberi
biarlah aku pula yang memberi
cukuplah pengorbanan mereka sebelum2 ni...
dah tak terbalas
dan aku rasa aku bertanggungjawab
sebab akulah satu2nya anak mereka yang menjejak kaki ke menara gading
huhuuuu...rasa nak meraung je...ma...ayah....T____T



 ok...sambung balik cerita
huuuhu
enam bulan selepas itu
projek tu dah pon siap


..................


tapi aku masih lagi menjadi hamba yang terpilih......

suatu pagi pensyarah aku telefon aku
 suruh datang jumpa dia 
secepat mungkin
punya la ak kelam kabut
mandi dan siapkan diri
untuk ke fakulti


rupanya....
"saya nak lantik awak jd RA untuk projek frgs"
untuk 4 bulan & gaji 1.5K
huhhhhhh
ingat ape tadi

walaupun pensyarah aku hanya menggunakan nama aku untuk collect duit projek tu
tapi aku tetap mendapat imbuhannya
yang mana aku mendapat separuh dari keseluruhan gaji aku
 ok la kan...daripada tak de pape...
ALHAMDULILLAH


Aku bersyukur Ya Rabb


 Ya Allah
aku dapat rasakan 
Kaulah yang Maha Pemurah
Kau yang Maha Pengasih

Betapa Pemurahnya Engkau
hanya satu yang aku buat
sejuta yang Kau balas

hanya dengan amalan Dhuha yang tak istiqamah ini
tapi selautan rezeki yang Kau beri
SUBHANALLAH


mana boleh aku tak menanges macam ni...
aku bersyukur Ya Razzaq


aku dapat rasa 
dan aku percaya.....
semua rezeki yang Kau curahkan ini
adalah berkat doa ibu dan ayahku
berkat doa ibu yang tak pernah meninggalkan Dhuha kepadamu

SUBHANALLAH 

dan aku bermohon padaMu Ya Rabbi..
Kau tetapkanlah imanku
Kau izinkanlah aku bersamaMu dan mengingatiMU selalu
dan janganlah Kau lalaikan aku
dengan nikmat yang kau pinjamkan ini

sesungguhnya
Kaulah tempatku bergantung
dan meminta pertolongan
sesungguhnya kaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
AMIN

No comments:

Post a Comment